Wednesday, November 16, 2011

Cetusan rasa hati ku disaat ini

Sudah lama tidak aku mencoret sesuatu di blog ku ini, bukan apa cuma masa yang tidak mengizinkan dan aku masih lagi terubang ambing dlm pencarian ku. Memang telah aku temui pencariaan ku itu cuma ,ada kalanya aku lemas dan tenggelam dalam kehidupan duniawi ku. Memang jauh disudut hati ini aku teringin sangat menjadi seorang solehah yang diberkati dan diredhai ALLAH. Teringat sangat untuk menutup aurat ku dan semangat itu sentiasa berkobar-kobar, terasa berdosa apabila setiap kali bila aku melangkah keluar dari rumah namun hati ni sentiasa berkata itu dan ini sedangkan keinsafan itu sering mengingatkan aku akan hukuman ALLAH , namun aku masih tidak mampu menundukakan hati ini dan kehidupan duniawi. Setiap hari aku berdoa dan bermohon padaNYA agar kuatkan hati dan iman ku untuk melaksanakan tuntutanNYA namun hingga kesaat ini aku masih belum berjaya.
Dengan penghijarahan ku ketempat kerja yang baru hanya mampu mengubah aku dari seorg yg susah untuk mendirikan solat kepada seorang yg mengingati untuk mengerjakan solat namun ada pada satu ketika itu aku tergelincir seketika namun alhamdulillah aku mula balik ke landasan dgn sokongan dan bantuan seorg adik yg mengingati aku azam an niat ku untuk berubah.
Namun aku masih lagi merasa kekurangannya, aku mula rasa ada yg tak kena dgn rezeki aku ditempat kerja yg baru ku in,i walaupun dah masuk 2tahun 6 bulan aku meragui keberkatannya ,setiap hari aku berdoa sekiranya rezeki yang ada sekarang ini bukan dari hasil yang halal maka berikan lah aku rezeki yang halal. InsyaALLAH sekiranya ALLAH melimpahkan rezeki dan kurniaNYA aku mungkin akan bertukar tempat kerja lagi.
Apapun bukan itu yang dapat menenangkan hati ku tapi cahaya keimanan , kerahmatan dan keberkatan dari ALLAH yang aku harapkan. Betapa hati ini meronta untuk menjadi hambanya yang dikasihiNYA, hidup dan mati ku untukNYA dan keranaNYA. Namun aku masih lemah,lemas dan tenggelam dgn kehidupan duniawi ini.
YA ALLAH kau genggamlah hati ku ini, jangan kau balikkan kembali hati ini setelah kau berikan hidayah,berikan aku kekuatan mu kerana aku sudah tidak sanggup lagi untuk terus bergelombang dgn dosa2  ku ini. Aku tahu aku tidak akan mampu untuk menerima dan menanggung siksaan MU kelak sebagaimana yang telah kau janjikan, setiap hamba mu itu pasti akan menerima hukumannya /balasannya mengikut apa yang mereka telah kerjakan.
Untuk itu YA ALLAH teruslah berikan aku hidayah MU dan jadikan lah aku hambaMu yang solehah dan berjuang untuk MU dan keranaMU . AAMIIN.

Tuesday, July 13, 2010

Jari Telunjuk..Subhanallah..

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..



Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah ? Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah ? bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah ? Ashhadu allaa ilaa ha illallah ( Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini? Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku? Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s..w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah? Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah?..

Tuesday, May 18, 2010

YA ALLAH


YA ALLAH


Engkau Yang Maha Memiliki Catatan Kehidupan.

Hamba akui semua dosa hamba, hamba akui semua kesalahan hamba.

Bila hamba persandingkan dengan kebaikan dan amal saleh, nescaya tidaklah bererti kebaikan dan amal saleh hamba dibandingkan dengan dosa dan kesalahan hamba.



YA ALLAH

Jangan bentangkan catatan buruk kehidupan buruk hamba ,apalagi kemudian hamba menjadi terhukum sebabnya. Hapuslah catatan buruk hamba, juga hapus pula akibat buruk perbuatan buruk hamba, di dunia ini dan juga di akhirat.



YA ALLAH

Buatlah syahadat hamba membumi, supaya hamba beroleh kesenangan dan keselamatan dunia akhirat. Maafkan bila kehidupan hamba masih jauh dari kemurnian syahadat, dan masih bercampur dengan kemusyrikan dan kemaksiatan.



YA ALLAH

Satu hal yang amat hamba kehendaki, hadirlah YA ALLAH di tengah usaha hamba memperbaiki diri hamba. Kerana tidak ada perubahan tanpa perbaikan, dan tidak ada perbaikan tanpa kehendak dan redha dari-MU YA ALLAH.



Amin

Tuesday, April 27, 2010

Saksi Utama Kanak2 Mati Ditembak Adalah Anak Polis..Minta Saksi Dilindungi Dari Bapa Sendiri

Rupa-rupanya, daripada dua orang saksi itu, sorang adalah anak polis sendiri. Memang semasa menulis berita ini, hati masih berdarah panas kerana kezaliman polis itu sendiri. Memang rasa sayu melihat keluarga mereka yang menerima ahli keluarga yang ditembak oleh polis seolah-olah arwah penjenayah besar..macam geng mamak atau geng Palembang..
Baguslah ada Ahli Parlimen Shah Alam dan Adun Kota Anggerik yang datang menghulurkan bantuan. Memang polis bersabung nyawa selamatkan orang ramai..tapi kenalah hati-hati dan jangan cuai. Ada polis yang jahat..Cuma ada sedikit yang berperangai UMNO Israel ini. Dan buat 2 orang saksi utama ini..mereka inilah yang perlu dilindungi dan tidak boleh diugut untuk ubah kenyataan.
SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.
"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.
"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."
Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.
"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.
Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
Manakala, Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.
Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.
Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.
Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara- Malaysiakini
Kenapa polis tembak kanak-kanak ini? Tak ada alternatif lain ke yang boleh dibuat..macam tangkap atau ambil no.kereta ke..lagipun mangsa adalah remaja sahaja..bukannya orang dewasa...ada beberapa keraguan dalam kes ini :
Mangsa tidak guna senjata lawan polis..kenapa mangsa dibunuh sedangkan ikut laporan polis oleh saksi utama, di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis.
Saksi utama dipukul oleh 4 pegawai polis yang bunuh mangsa..pastu dilepaskan saksi itu kononnya mangsa penjenayah besar dan polis tiada pilihan selain menembak mangsa
Kenapa polis menembak mangsa di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam dan mangsa langsung tidak bersenjata
Mangsa dibunuh atas kesalahan samun ke? Adakah mangsa sebelum itu menyamun??????Tak ada kan..janganlah main syak je..mangsa lari kerana tiada lesen memandu..ini diakui oleh saksi utama dan juga keterengan keluarganya..polis tak boleh tipu.
Jelas jika dicampur keterangan saksi utama, saksi pakar bedah siasat dan juga keterangaan keadaan waktu pembunuhan itu berlaku, ia akan membantu kes ini untuk diselesaikan. Sesiapa yang buat jenayah hatta polis sendiri pun, ia mesti dibawa ke muka keadilan. Kepada pihak pendakwaraya di bawah Ghani Patail, bawa kes ini elok2..jangan jadi macam kes dua ekor katak di Perak yang kena tuduh 16 pertuduhan rasuah, tapi satu pun tak kena dan ADUN katak yang runtuhkan kerajaan Perak ini sudah riang gembira kerana dibebaskan.
Lakukan pendakwaan dengan betul dan jangan biarkan mangsa dizalimi. Walaupun polis lepas di dunia ini, di akhirat belum tentu lagi..Kepada ketua polis negara, anda perlu bertanggungjawab dengan apa yang anak buah anda lakukan..anda kena letak jawatan kerana tak didik anak buah anda buat kerja dengan professional dan tidak cuai…ini bukannya kes pertama..dulu A Kugan..juga kes ibu tunggal, Norizan Salleh yang terkena tembakan rambang. Dan sekarang mangsa yang kesalahannya hanyalah kecil sahaja..iaitu memandu tanpa lesen..dan hukumannya bukannya hukuman bunuh..hanyalah denda dua-tiga ratus sahaja..kesiannya rakyat Malaysia…
TOLONG SEMUA..BLOGGER, ORANG AWAM..KITA CARI KEADILAN BUAT ARWAH..JANGAN BIARKAN IA BERULANG PADA ORANG LAIN

Tuesday, October 27, 2009

MAAF



maafkan aku
kerna tak dapat melupakanmu
katakan padaku
bagaimana cara membencimu
kerna hati ini tak bisa
kerna hati ini merindu

izinkan aku
mencuri pandang ke wajahmu
berikan aku
senyuman yang selalu ku tunggu
saat kau muncul di tepi jendela
saat kau buatku bahagia

maafkan aku
maafkan aku
bila hati ini menangis lagi
sungguh ku tak kuat
untuk berdiri

maafkan aku
maafkan aku
andai diriku menggangu hidupmu
aku yang telah hilang
dari hatimu

maafkan aku
bila kau tak mampu berpura
senyum didepanmu
kerna hati mengis hiba
kerna walau kau lukai dirinya
aku yang bodoh masih mencintaimu

Sunday, October 25, 2009

MAK DAN ABAH



Salam,Mak dan abah. Along tahu along banyak buat dosa pada mak dan abah. Along banyak kali melukakan hati mak dan abah.Along bukan berniat untuk melukakan hati mak dan abah atau meninggikan suara pada mak dan abah tapi mungkin cara pertuturan dan cara along yang kasar. Along sayangkan mak dan abah.Hanya mak dan abah satu-satunya yang along ada,tak akan ada dua atau tiga mak dan abah yang lain.Along mohon maaf pada mak dan abah. Along tak pandai nak mengucapkan kata-kata sayang atau menunjukkan kasih dan sayang tapi yang pastinya setiap kali solat tak pernak along lupa mendoakan mak dan abah.Sekali lagi along mohon ampun dan maaf. Mak dan abah bila terima sms ni jangan balas atau call along, along hanya nak mak dan abah tahu yang along sayangkan mak dan abah dan along nak mohon maaf dari mak dan abah.

Itulah sms yang pertama kalinya aku kirimkan buat mak dan abah ku yang melahirkan rasa kasih dan sayangku. Selama ni tak pernah aku tuturkan dan memperlihatkan kasih dan sayang ku. Atas kiriman itu mak dan abah aku call, seperti biasa aku kan memperlihatkan ke "coolan" ku. Mak aku bertanya mengapa aku mengirim sms sebegitu, kata ku tak ada apa-apa. Ada nada kesedihan disuaranya,mungkin kerana terharu. Apa yang pasti aku telah melahirkan perasaan ku yang selama ni aku pendam pada mak dan abah ku. Alhamdulillah. Lega rasa perasaan ni. Dan berterima kasih juga pada seseorang yang meengajarku supaya menghantar sms ke mak dan abah ku untuk perlihatkan kasih sayangku sekiranya aku tidak dapat memperlihatkannya melalui tingkah laku ataupun melalui ucapan. Terima kasihku buat dia yang amat bermakna dalam hidupku. Semoga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati orang-orang yang amat bermakna dalam hidupku ni, mak, abah, adik-beradik ku,
anak-anak saudara ku faiz, hafiz,syazwan,fatin,aziq,azim,alif dan afiq,
buat anak-anak angkatku laura,nurul farhanah dan lina lie,
buat adik-adik yang pernah hadir dalam hidup ku wani, asma',rai,radhah,atie,asilah,azie,along,adillah,jehan,dan lain-lain yang tak aku coretkan disini(maaf ya,jangan berkecil hati)bukan lupa tapi terlalu ramai .Apapun kamu semua tetap dihati ku ini.
Buat adik-adik international ku siti,yua,anita,linda,sabo,rabo,nabo,romaiza,deni,mike,monyong,pipit,saras,elain, si bab,kok,si b,vera,lesly,dan yang lain-lain lagi yang tak termampu untuk ku coretkan didalam post ni kerana terlalu ramai mereka yang hadir dalam hidup ni yang memberi aku peluang menyelami perasaan seorang ibu dan juga ayah. Alhamdulillah dan terima kasih.

Friday, October 23, 2009

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC