Luahan seorang pengembara yang tak tahu arah tujunya. Semakin dia berjalan dan mencari semakin dia tertanya tanya apa tu kehidupan? Apa yang dia rasakan dan yang dia temui bukan apa yang dia mahukan kerana apa yang dicarinya semakin jauh untuk digapai . Namun apa yang dia tahu dia mencari akan keredhaan TUHAN dan jalan pulang.
Sometimes i'm trying to be strong but the strenght i have is washing away.
Thursday, April 16, 2009
Luahan Seorang Pengembara dalam mencari keredhaan ALLAH
Posted by Mafia at 11:56 AM 3 comments
Bismillahirrahmaanirrahim
Hampir 2 bulan kebelakangan ini aku sering kurang sihat. Lemah seluruh badan tapi yesterday nite waktu solat maghrib aku benar benar tak larat, tapi ku gagahkan juga,. Takut juga aku tumbang waktu solat tu. Aku dah mula rasa bayang-bayang dan hampir pitam. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku sempurnakan solat maghrib dan hajat ku. Kalau waktu itu di takdirkan ALLAH mengambil nyawa ku pasti tak ada siapa yang tahu kerana aku sendirian dirumah. Alhamdulillah semua itu tidak terjadi , mungkin juga ALLAH masih memberi aku waktu dan berpeluang untuk bertaubat.
Mungkin juga aku terlalu penat. Badan ini tak mempunyai cukup waktu untuk berehat tapi yang hairannya, aku tak pula melakukan kerja kerja yang berat. Mungkin juga mindaku turut terlalu letih . Terus memikirkan hal hal yang belum aku selesaikan lagi , tanggungjawab ku pada ALLAH swt, pada agama, pada orangtua ku, pada seluruh ahli keluarga ku, pada diri ku sendiri dan juga saudara seagama ku.
Aku sering melakukan dosa terhadap ALLAH swt, bukan saja sering malah setiap detik . Pada agama, tak pernah langsung aku menegakkan ajarannya malah tak sekali untuk memperjuangkannya. Bertapa hinanya diri ku ni. Pada orangtua ku, sering ku abaikan waktu buat bersama mereka kerana kesibukan bekerja, malah tidak pernah aku melahirkan rasa kasih dan sayang ku terhadap mereka kerana sikap ku yang tak tahu melahirkan rasa kasih sayang walaupun sesungguhnya aku amat menyayangi mereka, hanya dalam doa setiap kali solat ku panjatkan doa pohonkan keampunan dari yang Maha Esa atas segala dosa dosa mereka dan sering memohon diberi taufik n hidayatNYa kepada mereka . Lindungilah mereka dalam lindungan MU dan cahaya keislaman dan dalam keimaman.
Pada seluruh ahli keluarga ku , maaf ku pinta kerana mengabaikan tanggungjawabku sebagai anak sulong/kakak sulong/cucu sulong di dalam keluarga. Aku dambakan sebuah keluarga yang berlandasan keislaman yang bahagia dengan keberkatan dan limpahan rahmat dan nikmat dari yang Maha Esa tapi aku gagal membawa suasana tu dalam seluruh ahli keluarga ku. Aku sedih melihat perpecahan ahli keluarga ku tapi aku sendiri tidak membuka jalan buat membaikinya malah aku sibuk dengan urusan ku sendiri.
Malah aku juga menzalimi diri ku sendiri dengan melakukan segala maksiat yang dimurkai ALLAH swt. MasyaALLAH aku melakukannya kerana mengikuti arus kemajuan kehidupan barat yang diagung aungkan dan mahu membuktkikan bahawa aku juga bisa moden. Untuk berjaya dan diterima mereka kena jadilah seperti mereka. Itulah hakikat hidup kebanyakkan orang melayu kita. Sesungguhanya kaum kafir itu gembira bila kita menjadi sebahagian dari mereka.
Jelas sekali bila aku sanggup mezalimi diriku sudah pasti tanggungjawab ku pada saudara seagama pun tidak ku titik beratkan. Bukan aku tak ambil tahu tapi anggapan yang ia bukan urusan ku membuat aku bersikap indah tak indah walaupun kadangkala apa yang berlaku menyebabkan or menimbulakan sedikit kemarahan dan kekesalan di hati n diri ku ini.
Sebenarnya aku masih lagi dalam pencarian, ku temui jawapannya bila ALLAH swt menghadirkan seorang insan dalam hidup ku. Alhamdulillah bersamanya turut hadir teman temannya yang lain tapi kehadirannya lebih membawa tamparan hebat dalam hidup ku. Aku bersyukur atas rahmat dan kurniaan ALLAH pada ku dengan menghadirkan dia dalam hidup ku walaupun dalam waktu yang singkat. Melihat perjuangannya dalam menegahkan Agama yang suci ini dan keperbadian nya yang indah lagi cantik membuat aku benar benar rasa terhina dan tercabar, benar benar merupakan satu tamparan yang terhebat. Dia sudi membimbing ku dan aku senang bila bercerita dengannya tentang kekuasaan dan kehebatan yang Maha Esa. Mungkin cara dan kata katanya pada ku membuat aku mudah menerimanya . Dia tahu bagaimana cara untuk membentuk diri ku ini.
Namun aku tahu dia juga mempunyai kelemahan kelemahan yang kadangkala boleh mencetuskan perasaan kurang senang atau kurang selesa ku padanya atau membuat aku berkecil hati. Tapi aku juga harus mengerti sejauh mana seorang anak muda bisa mengerti hati orang tua seperti ku ni. Sepatutnya aku yang seharusnya mengerti hati dan memahami perasaan seorang anak muda. Ditambah pula banyak lagi tanggungjawab yang harus dipukulnya. Selain dari tanggungjawabnya terhadap orang tuanya, keluarganya dan pelajarannya, tanggungjawabnya dalam memperjuangakan agama yang suci ini juga. Aku benar benar tersanjung dengan tekat dan keperibadiannya. Benar benar merasakan diri ku ni terlalu hina dimata ALLAH n rasa malu ku padaNYA. Pada dia pula aku rasakan yang aku ni tak layak berdamping dan mendekatinya. Sungguhpun dia hanya seorang anak muda tapi keimanannya lebih hebat dan mantap berbanding orang tua seperti ku ini. Aku malu pada diri sendiri dan juga kepadanya.
Aku tahu aku terlalu banyak membebani dia dengan segala permasalahan ku. Sedangakan dia seorang anak muda yang terlalu banyak tanggungjawab yang harus dipikul di bahunya. Tulah yang aku benci pada diri ku ini, bila terlalu terbuka dan menerima seseorang dalam hidup ku , aku akan membebani dan menyusahkan orang tersebut dengan segala urusan ku. MasyaALLAH betapa aku menyusahkan dan membebani nya. Semoga ALLAH memberi balasan dengan menempatkannya di syurga sebagaimana yang dia dambarkan dan yang dia impikan.
Andainya dia tahu bagaimana perasaan ini , maka dia mengerti bagaimana aku menghargainya dan menyayanginya walaupun dia hanya seorang anak muda. Perasaan ini datangnya kerana ALLAH dan adanya juga kerana ALLAH. Cuma aku tidak mahu dia sering menyalah ertikan perasaan ku ini. Dan aku coba untuk tidak mahu mengungkap dan menyatakannya kerana mungkin ego ku atau tak mahu dia menyalah ertikannya kerana kadangkala ia juga bisa menimbul salah paham diantara kami. Kalau tidak kepadanya mungkin kepada ku.
Aku tahu aku tak belajar buat memahami dirinya. Tapi aku tahu aku coba memahami dia sebaik mungkin dan mengenalinya sedekat dan sedalam mungkin. Waktu sukanya, Duka/sedihnya, tawa/tangisnya, murungnya, waktu up/downnya, aku ingin bersamanya. Aku juga tahu aku sering menyakiti hati dan melukai perasaannya. Maafkan aku kerana aku tak bermaksud berbuat demikian. Menyakiti hatinya dan melukai perasaannya sama seperti aku menyakiti hati dan melukai perasaan ku berkali kali . Bila dia sedih, akan membuat aku turut bersedih.
Aku harap dia memahami diri ini dan perasaan ni. Apa pun niat di hati ku hanya impian ku. Hanya ALLAH perancang yang terbaik buat hambanya. Apapun terjadi aku tetap sayangkan nya kerana semua perasaan yang ada ini datangnya dari ALLAH dan kerana ALLAH.
Maafkan daku. Buat insan yang telah merubah kehidupan ku , dengan membawa satu sinar baru dan pengharapan yang baru pada ku dalam mencari keredhaan dan keberkatan ALLAH yang maha Esa.
SALAM
Thank you.
Posted by Mafia at 11:45 AM 1 comments
Bismillahir rahmaanir rahiim
Redha dan meredhai.
Mudah untuk disebut or dipertuturkan. Seringkali kita mudah menyebut or mempertuturkannya bila dikalangan teman kita melalui satu kegagalan or kehilangan.
Hakikatnya teramat sukar buat mereka untuk redha dan meredhai. Memang benar kata mereka yang pernah kecewa or gagal “bahawa terlalu mudah bagi orang lain menyebut redhakanlah dan meredhai segala gala yang berlaku”. Sedangkan mereka yang mengalami nya terseksa dan sakit menghadapinya. Seribu kekecewaan dan kedukaan mereka lalui. Sedang kita mudah mengungkapkan ucapan redha dan meredhai.
Begitulah juga aku dalam menghadapinya, bila kekecewaan or kegagalan melanda. Redha dan meredhai itu tak semudah aku mengungkapkan or melafazkannya. Hanya kekuatan iman dan kepercayaan bahawa semua itu adalah kehendak ALLAH yang maha esa, yang dapat menguatkan hati dan diri ini untuk redha dan meredhai atas apa yang terjadi.
Sesungguhnya memang sakit dan peritnya hati ini bila dilanda kekecewaan or kegagalan. Sekiranya kita tidak balik ke fitrah bahawasanya semua tu adalah ketentuan ALLAH, pasti kita akan terus menyesali dan mungkin juga terjebak dengan gelaja yang tidak sihat.
Ini kerana kita tidak bisa redha dan meredhai atas apa yang berlaku. Benar juga kata kata mereka yang aku kenali “ bahawa jika niat kita melakukan sesuatu kerana ALLAH ,pasti segala kekecewaan dan kegagalan tidak akan terlalu menyakiti”. Alhamdulillah aku mula belajar melakukan sesuatu kerana ALLAH . Menyayangi kerana ALLAH, memberi kerana ALLAH ,pokok pangkalnya segala galanya kerana ALLAH ,at least bila kita di sakiti ,kesakitan tu tak sebegitu hebat, memberi pula tidak akan menimbul perasaan untuk mengungkit ungkit kembali . Terima kasih kepada mereka yang mengajar ku untuk melakukan segala perbuatan itu kerana ALLAH.
Sebagai manusia biasa aku tak lari dari mempunyai impian dan kehendak yang mana pastinya aku mahu kesemua impian dan kehendak aku itu tertunai. Kegagalan memperolehi apa yang diimpikan dan dikehendaki membuat aku kecewa dan terluka. Bila kecewa dan terluka aku akan mula hilang pertimbangan, mula melontarkan kata kata yang kesat terhadap orang yang mengecewakan dan mungkin juga akan menimbulkan perasaan dendam. Perasaan perasaan jahat ini timbul bila kita tak redha dan meredhai atas apa yang berlaku. Yang lebih membahayakan lagi, bila kita mula bertindak melakukan perbuatan perbuatan yang mendatangkan dosa dan juga maksiat.
Aku telah melalui perkara perkara tersebut sebelum ini ,dimana membawa aku kejalan yang dimurkai ALLAH. Untuk itu aku takut sekiranya aku sekali lagi akan melakukan perbuatan yang sama ,hanya semata mata kerana aku tidak dapat redha dan meredhai keatas apa yang terjadi.
Ya ALLAH untuk itu aku bermohon pada mu yang maha Pengasih lagi maha Penyayang supaya memberi aku kekuatan untuk redha dan meredhai atas segala yang terjadi. Mempercayai bahawa perancangan Mu itu lebih hebat dari perancangan ku yang hanya sebagai seorang hamba yang hina.
Ya ALLAH lindungilah aku dari hasutan syaitan . Sebagaimana hebatnya kekecewaan dan kegagalan ini ,aku mahu aku masih mampu tersenyum dan menerimanya dengan hati yang tenang dan damai.Hadirkan ketenangan dan kedamaian dihati ini kerana keredhaan ku dan aku meredhainya. Mengsyukuri atas apa yang berlaku dan mendoakan kebahgian dan kesejahteraan orang yang dikasihi tanpa rasa kesal. Sesungguhnya perancangan mu ya ALLAH itu lebih hebat dan sempurna dari perancangan ku yang kerdil dan hina ini. Ya ALLAH kalau itu adalah perancangan mu limpahkan kebahagian dan kesejahteraan kepadanya. Aku harus redha dan meredhainya.
Posted by Mafia at 10:25 AM 0 comments



