Luahan seorang pengembara yang tak tahu arah tujunya. Semakin dia berjalan dan mencari semakin dia tertanya tanya apa tu kehidupan? Apa yang dia rasakan dan yang dia temui bukan apa yang dia mahukan kerana apa yang dicarinya semakin jauh untuk digapai . Namun apa yang dia tahu dia mencari akan keredhaan TUHAN dan jalan pulang.
Sometimes i'm trying to be strong but the strenght i have is washing away.
-




3 comments:
Salam kakak...
saya amat kagumi semangat pencarian erti islam dan kehidupan kakak sebagai seorang hamba Allah di dunia ini...namun ingin saya kongsi di sini..kadang2..dalam kesibukan dan kesungguhan kita mencari erti kehidupan yang sebenar sebagai seorang hamba Allah swt mahupun ketekalan hati kita dalam menjaga hubungan baik dengan Pencipta kita, tidak kita sedari bahawa kita telah mengabaikan hubungan kita dengan saudara muslim kita yang lain..betapa ramai saudara semuslim kita yg tak jemu bertanya kabar,berdoa dan terus cuba untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama muslim termasuk hubungan mereka dengan kita..namun..manusia tetap manusia..segala amalan bukan semuanya sempurna..sekadar menitipkan rasa rindu dan syg sebagai seorang yang pernah mengenali kakak..saya mohon agar kakak menjaga hubungan kakak dgn Allah juga hubungan kakak dgn manusia lain termasuk adik2 kakak..bukan sahaja yang telah berjaya ke oversea..tetapi juga yang masih kuat berdiri dan bangkit dari dugaan hidup iaitu di malaysia..semoga segala yang terbaik adalah buat kakak..amin..salam sayang dari orang yang pernah mengenali kakak..salam..
Wslm,
Terima kasih atas commentnya. Setiap orang punya pencariannya sendiri dan setiap tindakan ada sebabnya.kadangkala susah buat kita memenuhi kehendak diri sendiri mahupun orang lain. Semoga silaturrahim sesama kita semuanya (baik dioversea mahupun di malaysia) terjaga. Walaupun tanpa berita dan membisu seribu kata tapi doa sering diiringi.
~tiada kata yg mampu saya luahkan di sini..sehingga kini, saya sentiasa tanyakan kepada diri sendiri..kenapa kakak hadir dalam kehidupan saya dan kenapa perlu saya mempunyai segala kenangan dengan kakak..saya sedar..itu adalah kehendakNya..dan saya telah lama cuba untuk meredhai..biarpun kakak menyatakan yg setiap tindakan itu ada sebabnya..ada tujuannya..apa la salahnya seandainya semua itu di uruskn secara positif..setiap apa yg Allah beri kpd kita..itulah yg terbaik..mungkin kita kerap kali mempersoalkan natijah mahupun balasan yg mungkin kita terima tapi walau banyak mana sekalipun kita memikirkannya..percayalah..waktu yg kita ada hanya sedikit shj lg..semua yg kita miliki sekarang adalah pinjaman semata-mata...semoga kakak terus mengingati kami di sini biarpun dah berbulan lamanya tidak berhubung dengan kakak..andai kata saya tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada kakak atas segala kenangan yg kakak bagi kepada saya..saya mohon maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki saya..insya-Allah..pertemuan di syurga kelak yg paling hakiki..~
(jangan biarkan hubungan suci ini terputus hanya kerana ego dalam diri yang bisa memakan diri sendiri [nasihat kepada sesiapa sahaja termasuk diri saya sendiri]..)
p/s: honestly speaking..iman saya makin teguh tatkala diuji bermacam dugaan..insya-Allah..semoga iman kakak juga terus mantap seiring dengan hikmah pencarian kakak sebagai hamba Allah di dunia ini..
Post a Comment