Monday, July 6, 2009

PERinGatan Pada Diri tEnTang JanJi Ku Pada MU




Bismillaahir rahmaanir rahiim

Ku mulakan coretan ini.

Sesunggunhya sewaktu aku mencoretkan coretan ini diri ku di dalam kegusaran.
Apa tidaknya aku mula merasakan ke tidak sempurnaan dalam diri ini kembali.
Aku dah mula lupa akan janji ku padaNYA.Janji ku pada yang maha Esa.
Janji ku untuk berubah.

Ya ALLAH aku mula lalai dan alpa dengan kehidupan ini.Janji pada diri ku sendiri, janji yang selama ini tidak pernah ada dalam kamus hidup ku. Ya janji itu , janji untuk berubah, berubah untuk diri, kebahagian dan ketenangan diri. Janji untuk tidak lagi mempersiakan dan menzalimi diri sendiri dan juga janji untuk menjadi hamba MU yang patuh pada suruhan Mu Ya ALLAH.

Tapi sejak kebelakangan ini aku mula alpa dan lalai, aku mula terlena kembali dengan keindahan dan keseronokan duniawi . Walaupun minda dan diri ini melarang dan menghalang dari melakukan kemurkaan namun hati ini terlalu angkuh dan bongkak.Kemurkaan juga yang diinginkan dan didambakan.

Ya ALLAH aku jadi takut, takut iman ku mulai luntur, takut jika ku kembali ke kehidupan silam ku yang penuh dosa dan noda. Terlalu sukar Ya ALLAH untuk ku mendidik sekeping hati ini. Ku sedari bukan mudah untuk berubah terlalu sukar dan perit, terlalu banyak halangan dan dugaannya. Tambahan pula jika diri ini harus berjuang bersendirian, kadangkala terasa mahu aku berputus asa, kerana semakin aku cari semakin aku tak mengerti. Tak ku ketahui dimana harus ku mulai, sentuh disini terasa kurang disana, kadangkala aku kebingungan apa benar atau betul kah langkah yang aku lakukan?

Ya ALLAH ku mohon pada MU , KAU gengamlah sekeping hati ini. Berikan aku kekuatan melawan hawa nafsu ini. Aku tidak mahu sama sekali kembali ke zaman silam ku . Betapa sengsaranya kehidupan tanpa keredhaan MU Ya ALLAH. Betapa kosongnya diri ini tanpa kasih sayang MU.
Aku mula takut pada diri sendiri, takut tidak dapat mendidik sekeping hati, takut ku terjerumus kembali kelembah kehinaan. Dosa dosa dan noda yang telah aku lakukan membuat aku merasa terlalu hina dimata MU Ya ALLAH. Kehinaan yang membuat aku jijik pada diri sendiri.

Ya ALLAH berikan aku kekuatan , ku mohon pada Mu kerana aku tidak sanggup lagi menderhaka pada MU. Aku tidak sanggup lagi Ya ALLAH hidup bergelombangan dosa dosa dan noda. Mampu kah aku Ya ALLAH menjadi hamba MU yang taat setia, mampukah aku untuk berubah Ya ALLAH.

Ya ALLAH ku mohon kasih dan sayang MU, keredhaan Mu dalam diri ku ini. Sesungguhnya Ya ALLAH ku mengerti kini bertapa susahnya untuk berubah dan ku berjanji pada diri akan ku bersama sama mereka yang mahu berubah ke jalan MU Ya ALLAH. Tanpa sokongan dan dorongan seseorang itu akan lemah melainkan dengan kehendak MU Ya ALLAH. Dengan sokongan dan dorongan semangat itu akan jitu. InsyaALLAH kekuatan akan terpadu dengan ada sokongan dan dorongan .

Ya ALLAH pohon ku pada MU Ya ALLAH hadirkanlah mereka mereka yang sanggup memberi sokongan dan dorongan dalam hidup ini semoga diri ini mampu terus berjuang dan melangka ke jalan Mu Ya ALLAH.
Tiada yang lebih indah, tenang dan damai melainkan keredhaan dan kasih sayang MU Ya ALLAH.
Ku pohon akan hidayat Mu dan keberkatan dari MU Ya ALLAH.
Damaikanlah hati ini , tenangkanlah jiwa ini dan rahmati lah diri ini Ya ALLAH.

KU DAMBA KEAMPUNAN

Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu
Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga dirikuk dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu
Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku

1 comments:

sara said...

sama-sama beringat selagi belum telambat

:)

-sara-