Friday, August 21, 2009

Keutamaan Kasih Sayang

Telah bersabda Rasulullah saw:
"Tidak akan masuk syurga selain pengasih"
Mereka bertanya "Ya Rasullullah, tiap-tiap kami pengasih."
Rasululah saw bersabda:
"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri."

Dari Hasan, dari Rasulullah saw, baginda bersabda:
"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."

Beliau bersabda:
"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula."

Rasulullah bersabda:
"Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga."


Mari kita renungi sabda sabda Rasulullah itu. Tanya pada diri kita sendiri "Adakah kita menyayangi saudara saudara kita sepertimana kita menyayangi diri kita sendiri?"



0 comments: