Monday, October 12, 2009

Erti Ukhuwah dlm hidup ku kini.

Bismillahirrahmanirahim

Sesungguhnya segala pujian itu hanyalah bagi ALLAH s.w.t ,kepada-NYA kita mengabdikan diri dan kepada-NYA kita memohon pertolongan dan meminta keampunan.

Aku dilampirkan dengan pertanyaan ~ “sehingga kini, saya sentiasa tertanyakan pada diri sendiri..kenapa kakak hadir dalam kehidupan saya dan kenapa perlu saya mempunyai segala kenangan dengan kakak”. Tidak terjawab oleh ku persoalan ini, tiada kata kata yang mampu aku luahkan hanya merenung jauh mencari akan jawapan yg terbaik buat soalan itu.

Sesungguhnya persoalan itu jugalah yang bermain di dalam diri ku. Mengapa kehadiran mereka begitu berkesan di hati dan diri ini. Sebelum ini aku tak mempercayai akan erti persahabatan. Apa tu ikatan persahabatan ? Apa tu erti ukhuwah yang terjalin kerana ALLAH, sepanjang aku mengenali erti kawan tak pernah ada ungkapan ukhuwah kerana ALLAH, yang aku tahu kawan untuk bersuka ria, mengisi ruang waktu kita dimana kita berada, hadir nya kawan kerana keadaan sekeliling. Mana ada yang sudi bersama dalam suka dan duka, mungkin juga kerana aku ini seorang yg selamba, lebih suka memberi dari menerima, lebih suka memendam dari berkongsi, lebih suka mendengar dari bersuara.

Ditambahkan pula pengalaman bersahabat membuat aku lagi tidak mempercayai erti teman . Kamus berteman dalam hidup ku, buat orang lain gembira dengan kehadiran kita, rasa terhibur dan selesa tapi bukan untuk berkongsi suka dan duka.
Sepanjang bersahabat aku kerapkali dilukai, mungkin juga kesalahan datangnya dari diri sendiri. Tak pernak sepanjang persahabatan teman teman mengungkapkan kata kata ukhuwah kerana ALLAH ,yang ada kata kata untuk bersama dalam suka dan duka. Tapi bila diperlukan entah kemana mereka, seringkali buat aku terluka. Tapi kalau buat berhibur ke clubbing, karaoke , pub pub dan juga tempat tempat yang mana mendatangkan hiburan dijiwa ,ramai yang boleh menemankan , tambahan pula kebanyakkan teman teman ku bukan dari yang seagama. Kalau ada yang seagama pun lebih kurang sama aje.
Bukan untuk menyalahkan sesiapa , kesalahan datang dari diri ku juga. Sebenarnya diri ini dalam pencarian. Ketenangan tak pernah muncul dijiwa walaupun dikelilingi teman teman berhibur dimana mana.

Dengan kekuasaan ALLAH dan kehendak-NYA dipertemukan seorang teman yang katanya akan membantu membimbing diri ini. Alhamdulillah, bermulalah pencarian diri, yang mana diri ini masih terkapai kapai mencari , namun diri ku dibiarkan sendiri kembali. Terumbang ambing mencari tepian yang akhirnya tidak ku temui datarannya dan masih terus terdampar di tengah lautan.Dalam pada itu diri ini masih dalam kekalutan, kekusutan dan tercari cari.

Sehingga aku dipertemukan dengan sekumpulan adik2 (anak2) yang membawa aku ke suatu daerah yang lain sama sekali.
Dari situ ku mulai mengenali erti persaudaraan yang sejati. mula aku dengari kalimah kalimah seperti “terciptanya ukhuwah krn ALLAH”, kak “sayang kerana ALLAH kak” dan macam macam lagi yang tak pernah ku dengari sebelum ini. Jauh sungguh kehidupan aku dulu dibandingkan waktu bersama mereka ini. Ku rasakan ketenangan dan kedamaian diri.
Dan dari situ aku mula merasakan kebenaranya, kasih sayang kerana ALLAH, berukhuwah kerana-NYA membuat semuanya rasa ikhlas dan sejati dijiwa .
Dan aku juga mula sedar dalam Islam bahagian persahabatan juga merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian.

Dalam islam persahabatan merupakan satu nikmat yang ALLAH s.w.t limpahkan kepada hati hati yang ikhlas membina persahabatan semata mata kerana-NYA, maka itu timbullah perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

Firman ALLAH s.w.t:
“Sesungguhnya orang orang yang beriman itu bersaudara.”
Dan firman-NYA lagi
“Dan Dialah (ALLAH) yang mempersatukan hati mereka (orang orang yang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati hati mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
Aku kembali melihat ke dalam diri apa layak kah aku bertemankan mereka ini. Mampu kah aku membawa kebaikan kepada mereka sedangkan mereka lebih mulai dari diri ku yang penuh dengan kemaksiatan dan dosa dosa.
Rasulullah s.a.w mengambarkan teman buruk ini seperti peniup api.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Seseorang itu sesuai dengan agama temannya. Oleh kerana itulah hendaknya seseorang memperlihatkan siapa yang menjadi temannya” (HR Abu Daud, Tirmizi, Ahmad dan Hakim)
Aku tertanya kepada diriku lagi apakah aku ini tak akan menyusahkan mereka . Mereka punya tanggungjawab terhadapa agama , keluarga dan diri. Masa mereka terhad. Jangan dibebani mereka ini. Aku harus menjaga jarak agar tak terbebankan meraka dengan pergolakan diriku ini, namun ALLAH tu lebih mengetahui, ada seseorang yang aku lebih terbuka dan lebih mendekati . Seperti katanya ALLAH menghadirkan dia sebagai perantaraan buat aku dengan-NYA. Aku lebih rasa selesa dan lebih bersikap terbuka dengannya. Segala sejarah hidupku dan kekurangan diri diketahuinya. Aku selesa dan tenang bila berbicara soalan agama dengannya. Dari situ kami bertambah erat dan aku tahu aku akan mula membebaninya. Oleh kerana keakraban kami membuat aku merasakan dia sebahagian dari hidup ku dan jujur buat pertama kalinya aku rasakan segala rasa kasih dan sayang kerana ALLAH itu lebih mulia dan demi Agama-NYA itu benar benar membawa hikmat dalam diri.
Aku mula menunjukkan siapa sebenarnya diri ku kepadanya, namun tidak aku sedari bahawa bukan semua orang boleh menerima kita siapanya kita, baik mahu buruknya kita. Hanya ALLAH yang dapat menerima kita kerana hanya dia yang lebih mengetahui akan hambanya. Walaupun aku boleh menerima, tak semesti orang lain juga begitu. Aku mula melukai hatinya dengan kata kata ku kerana aku beranggapan bila aku sudah bisa menerima seseorang itu aku lebih bersikap terbuka dan terlalu vocal dan pastinya juga terlalu menitikberat dan terlalu perihatin.
Tanpa aku sedari semua itu satu ketidak senangan buatnya. Kamu mula menjauhi .Seperti katanya ALLAH knows the best for us. Dan Hanya ALLAH juga yang mengerti niat dan hati ku ini.
Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun aku akan kehilangan tempat untuk menimba ilmu ,tempat bertanya dan berkongsi ,namun aku tahu aku harus terus mencari tanpanya, kerana aku tahu aku berubah kerana ALLAH bukan kerana sesiapa
Buat adik adik (anak anak ) yang lain cukuplah sekadar mengenali aku sepertimana yang kamu kenali , dari mengenali aku ,siapanya aku ini kerana pasti satu hari nanti kamu akan membenci kerana aku bukan seperti mana yang kamu bayangkan. Maaf sekiranya ada di antara kamu telah aku sakiti. Bukan niat ku tapi demi kebaikan kamu. Demi ALLAH aku menyayangi kamu semua kerana-NYA dan agama-NYA.
Sekiranya kasih sayangku kepada kamu semua ikhlas kerana ALLAH sepertimana hadith dari (HR Bukhari dan Musllim)
“Dua orang yang saling mencintai dijalan ALLAH , berkumpul dan berpisah kerana ALLAH” merupakan salah satu dari tujuh orang yang mendapatkan naungan ALLAH nanti.
Aku percaya ukhuwah kita akan padu ikatannya dan pasti satu hari ia akan bertaut kembali.
Tetapi sekiranya kasih sayang ku bukan kerana ALLAH, ku serahkan segala galanya kepada-NYA yang Maha mengetahui.Sesungguhnya segala kebaikan datangnya dari-NYA dan segala keburukan itu datangnya dari diri ku sendiri.
Segala galanya ku serahkan kepada-NYA ,walaupun sehebat mana ujiannya, aku harus tidak berputus asa dan akan terus memohon kepada-NYA. mempermudahkan segala ujian dan urusan ku. Menjaga hati dan iman ku. Sesungguhnya aku hambanya yang hina, Ya ALLAH , ku mohon kekuatan dari MU dan lindungan MU.
Meskipun aku tidak mempunyai sesiapa namun aku tahu Ya ALLAH , KAU akan tetap disisi ku. Aku sering lupa kepada-MU ,sedangkan KAU Ya ALLAH tidak pernah meninggalkan aku walau sedetik pun.
Aku tidak mahu mengulangi kesilapan aku terhadap yang lain. Daripada aku akan menyakiti biarlah aku disakiti.

Dibawah ini kata kata dari nya:-

Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya....

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya....

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya....

Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya....

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna.......
moga kejayaan milik kita bersama...


# KERANA AKU HANYA MANUSIA BIASA YANG PUNYA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN. SEKIRANYA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN KU INI MEMBAWA KEPADA KEBURUKAN PADANYA DAN MENJADI PENGHALANG KEPADA PERSAHABATAN INI MAKA JAUHILAH DIA DARI DIRI KU INI YA ALLAH. KERANA KEBURUKAN KU AKAN MEMBAWA KEPADA KEMAKSIATAN PADANYA #













0 comments: