Salam,Mak dan abah. Along tahu along banyak buat dosa pada mak dan abah. Along banyak kali melukakan hati mak dan abah.Along bukan berniat untuk melukakan hati mak dan abah atau meninggikan suara pada mak dan abah tapi mungkin cara pertuturan dan cara along yang kasar. Along sayangkan mak dan abah.Hanya mak dan abah satu-satunya yang along ada,tak akan ada dua atau tiga mak dan abah yang lain.Along mohon maaf pada mak dan abah. Along tak pandai nak mengucapkan kata-kata sayang atau menunjukkan kasih dan sayang tapi yang pastinya setiap kali solat tak pernak along lupa mendoakan mak dan abah.Sekali lagi along mohon ampun dan maaf. Mak dan abah bila terima sms ni jangan balas atau call along, along hanya nak mak dan abah tahu yang along sayangkan mak dan abah dan along nak mohon maaf dari mak dan abah.
Itulah sms yang pertama kalinya aku kirimkan buat mak dan abah ku yang melahirkan rasa kasih dan sayangku. Selama ni tak pernah aku tuturkan dan memperlihatkan kasih dan sayang ku. Atas kiriman itu mak dan abah aku call, seperti biasa aku kan memperlihatkan ke "coolan" ku. Mak aku bertanya mengapa aku mengirim sms sebegitu, kata ku tak ada apa-apa. Ada nada kesedihan disuaranya,mungkin kerana terharu. Apa yang pasti aku telah melahirkan perasaan ku yang selama ni aku pendam pada mak dan abah ku. Alhamdulillah. Lega rasa perasaan ni. Dan berterima kasih juga pada seseorang yang meengajarku supaya menghantar sms ke mak dan abah ku untuk perlihatkan kasih sayangku sekiranya aku tidak dapat memperlihatkannya melalui tingkah laku ataupun melalui ucapan. Terima kasihku buat dia yang amat bermakna dalam hidupku. Semoga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati orang-orang yang amat bermakna dalam hidupku ni, mak, abah, adik-beradik ku,
anak-anak saudara ku faiz, hafiz,syazwan,fatin,aziq,azim,alif dan afiq,
buat anak-anak angkatku laura,nurul farhanah dan lina lie,
buat adik-adik yang pernah hadir dalam hidup ku wani, asma',rai,radhah,atie,asilah,azie,along,adillah,jehan,dan lain-lain yang tak aku coretkan disini(maaf ya,jangan berkecil hati)bukan lupa tapi terlalu ramai .Apapun kamu semua tetap dihati ku ini.
Buat adik-adik international ku siti,yua,anita,linda,sabo,rabo,nabo,romaiza,deni,mike,monyong,pipit,saras,elain, si bab,kok,si b,vera,lesly,dan yang lain-lain lagi yang tak termampu untuk ku coretkan didalam post ni kerana terlalu ramai mereka yang hadir dalam hidup ni yang memberi aku peluang menyelami perasaan seorang ibu dan juga ayah. Alhamdulillah dan terima kasih.
-




1 comments:
sy terngs bace post akak yg ni ;(
i just found ur blog. lame da tak blog walking. sorry akak
jehan
Post a Comment