Monday, October 12, 2009

ReDha MeReDHai

Bismillahir rahmaanir rahiim
Redha dan meredhai.
Mudah untuk disebut or dipertuturkan. Seringkali kita mudah menyebut or mempertuturkannya bila dikalangan teman kita melalui satu kegagalan or kehilangan.
Hakikatnya teramat sukar buat mereka untuk redha dan meredhai. Memang benar kata mereka yang pernah kecewa or gagal “bahawa terlalu mudah bagi orang lain menyebut redhakanlah dan meredhai segala gala yang berlaku”. Sedangkan mereka yang mengalami nya terseksa dan sakit menghadapinya. Seribu kekecewaan dan kedukaan mereka lalui. Sedang kita mudah mengungkapkan ucapan redha dan meredhai.
Begitulah juga aku dalam menghadapinya, bila kekecewaan or kegagalan melanda. Redha dan meredhai itu tak semudah aku menyebut or melafazkannya. Hanya kekuatan iman dan kepercayaan bahawa semua itu adalah kehendak ALLAH yang maha esa, yang dapat menguatkan hati dan diri ini untuk redha dan meredhai atas apa yang terjadi.
Sesungguhnya memang sakit dan peritnya hati ini bila dilanda kekecewaan or kegagalan. Sekiranya kita tidak balik ke fitrah bahawasanya semua tu adalah ketentuan ALLAH, pasti kita akan terus menyesali dan mungkin juga terjebak dengan gelaja yang tidak sihat.
Ini kerana kita tidak bisa redha dan meredhai atas apa yang berlaku. Benar juga kata kata mereka yang aku kenali “ bahawa jika niat kita melakukan sesuatu kerana ALLAH ,pasti segala kekecewaan dan kegagalan tidak akan terlalu menyakitkan”. Alhamdulillah aku mula belajar melakukan sesuatu kerana ALLAH . Menyayangi kerana ALLAH, memberi kerana ALLAH ,pokok pangkalnya segala galanya kerana ALLAH ,at least bila kita di sakiti ,kesakitan tu tak sebegitu hebat, memberi pula tidak akan menimbul perasaan untuk mengungkit ungkit kembali . Terima kasih kepada mereka yang mengajar ku untuk melakukan segala perbuatan itu kerana ALLAH.
Sebagai manusia biasa aku tak lari dari mempunyai impian dan kehendak yang mana pastinya aku mahu kesemua impian dan kehendak aku itu tertunai. Kegagalan memperolehi apa yang diimpikan dan dikehendaki mebuat aku kecewa dan terluka. Bila kecewa dan terluka aku akan mula hilang pertimbangan, mula melontarkan kata kata yang kesat terhadap orang yang mengecewakan dan mungkin juga akan menimbulkan perasaan dendam. Perasaan perasaan jahat ini timbul bila kita tak redha dan meredhai atas apa yang berlaku. Yang lebih membahayakan lagi, bila kita mula bertindak melakukan perbuatan perbuatan yang mendatangkan dosa dan juga maksiat.
Aku telah melalui perkara perkara tersebut sebelum ini ,dimana membawa aku kejalan yang dimurkai ALLAH. Untuk itu aku takut sekiranya aku sekali lagi akan melakukan perbuatan yang sama ,hanya semata mata kerana aku tidak dapat redha dan meredhai keatas apa yang terjadi.
Ya ALLAH untuk itu aku bermohon pada mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang supaya memberi aku kekuatan untuk redha dan meredhai atas segala yang terjadi. Mempercayai bahawa perancangan Mu itu lebih hebat dari perancangan ku yang hanya sebagai seorang hamba yang hina.
Ya ALLAH lindungilah aku dari hasutan syaitan . Sebagaimana hebatnya kekecewaan dan kegagalan ini ,aku mahu aku masih mampu tersenyum dan menerimanya dengan hati yang tenang dan damai.Hadirkan ketenangan dan kedamaian dihati ini kerana keredhaan ku dan aku meredhainya. Mengsyukuri atas apa yang berlaku dan mendoakan kebahgian dan kesejahteraan mereka mereka yang dikasihi tanpa rasa kesal. Sesungguhnya perancangan MU ya ALLAH itu lebih hebat dan sempurna dari perancangan ku yang kerdil dan hina ini. Ya ALLAH kalau itu adalah perancangan mu limpahkan kebahagian dan kesejahteraan kepadanya. Aku harus redha dan meredhainya.



0 comments: