Rupa-rupanya, daripada dua orang saksi itu, sorang adalah anak polis sendiri. Memang semasa menulis berita ini, hati masih berdarah panas kerana kezaliman polis itu sendiri. Memang rasa sayu melihat keluarga mereka yang menerima ahli keluarga yang ditembak oleh polis seolah-olah arwah penjenayah besar..macam geng mamak atau geng Palembang..
Baguslah ada Ahli Parlimen Shah Alam dan Adun Kota Anggerik yang datang menghulurkan bantuan. Memang polis bersabung nyawa selamatkan orang ramai..tapi kenalah hati-hati dan jangan cuai. Ada polis yang jahat..Cuma ada sedikit yang berperangai UMNO Israel ini. Dan buat 2 orang saksi utama ini..mereka inilah yang perlu dilindungi dan tidak boleh diugut untuk ubah kenyataan.
SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis pagi semalam.
"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.
"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.
"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."
Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.
"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.
Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
Manakala, Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.
Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.
Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.
Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara- Malaysiakini
Kenapa polis tembak kanak-kanak ini? Tak ada alternatif lain ke yang boleh dibuat..macam tangkap atau ambil no.kereta ke..lagipun mangsa adalah remaja sahaja..bukannya orang dewasa...ada beberapa keraguan dalam kes ini :
Mangsa tidak guna senjata lawan polis..kenapa mangsa dibunuh sedangkan ikut laporan polis oleh saksi utama, di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis.
Saksi utama dipukul oleh 4 pegawai polis yang bunuh mangsa..pastu dilepaskan saksi itu kononnya mangsa penjenayah besar dan polis tiada pilihan selain menembak mangsa
Kenapa polis menembak mangsa di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam dan mangsa langsung tidak bersenjata
Mangsa dibunuh atas kesalahan samun ke? Adakah mangsa sebelum itu menyamun??????Tak ada kan..janganlah main syak je..mangsa lari kerana tiada lesen memandu..ini diakui oleh saksi utama dan juga keterengan keluarganya..polis tak boleh tipu.
Jelas jika dicampur keterangan saksi utama, saksi pakar bedah siasat dan juga keterangaan keadaan waktu pembunuhan itu berlaku, ia akan membantu kes ini untuk diselesaikan. Sesiapa yang buat jenayah hatta polis sendiri pun, ia mesti dibawa ke muka keadilan. Kepada pihak pendakwaraya di bawah Ghani Patail, bawa kes ini elok2..jangan jadi macam kes dua ekor katak di Perak yang kena tuduh 16 pertuduhan rasuah, tapi satu pun tak kena dan ADUN katak yang runtuhkan kerajaan Perak ini sudah riang gembira kerana dibebaskan.
Lakukan pendakwaan dengan betul dan jangan biarkan mangsa dizalimi. Walaupun polis lepas di dunia ini, di akhirat belum tentu lagi..Kepada ketua polis negara, anda perlu bertanggungjawab dengan apa yang anak buah anda lakukan..anda kena letak jawatan kerana tak didik anak buah anda buat kerja dengan professional dan tidak cuai…ini bukannya kes pertama..dulu A Kugan..juga kes ibu tunggal, Norizan Salleh yang terkena tembakan rambang. Dan sekarang mangsa yang kesalahannya hanyalah kecil sahaja..iaitu memandu tanpa lesen..dan hukumannya bukannya hukuman bunuh..hanyalah denda dua-tiga ratus sahaja..kesiannya rakyat Malaysia…
TOLONG SEMUA..BLOGGER, ORANG AWAM..KITA CARI KEADILAN BUAT ARWAH..JANGAN BIARKAN IA BERULANG PADA ORANG LAIN
-



